Berjabat Tangan Dengan Mahram : Yang Boleh & Yang Tidak Boleh


Secara ringkasnya, hukum yang berkaitan dengan tajuk di atas untuk tatapan bersama.

Hadis Yang berkaitan dengan berjabat tangan.

Dari al-Barraa’ bin Azib r.a., katanya telah sabda Rasulullah s.a.w.:

“Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah.”
(HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Abu Qatadah berkata, aku bertanya kepada Anas r.a.: ”Apakah para sahabat Rasulullah s.a.w. dahulu saling berjabat tangan” Dia menjawab: “Ya.”
(HR Bukhari)

Anjuran berjabat dan mencium tangan

Yang Boleh (dianjurkan)

Mencium tangan berkaitan dengan agama

  • Islam menganjurkan agar mencium tangan orang yang kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut paut dengan agama. Seperti seorang yang zuhud, alim/ulamak, salih, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibubapa kita yang muslim.

Yang Tidak Boleh (Makruh)

Mencium Tangan Sebab Keduniaan

  • Dimakruhkah mencium tangan seseorang yang dipandang mulia dengan sebab-sebab keduniaan, seperti orang kaya, orang yang berpangkat, berkedudukan tinggi dan sebagainya. Perbuatan ini amat tidak disukai.

Membongkokkan badan

  • Adalah dimakruhkan membongkokkan badan kerana mahu menghormati seseorang. Dari Anas r.a., katanya:

 

Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w., jika seseorang dari kita bertemu saudaranya atau temannya, apakah dia perlu membungkuk kepadanya? Baginda menjawab: “Tidak.” Orang itu bertanya: “Apakah dia perlu memeluk dan menciumnya?” Baginda menjawab “Tidak.” Orang itu bertanya: “Apakah perlu dia memegang tangannya dan bersalam dengannya?” Baginda menjawa: “Ya.” (HR al-Tarmizi)

Bersalaman Dengan Mahram

Definisi Mahram : Mahram bermaksud yang diharamkan. Definisi ‘yang diharamkan’ didalam istilah ini ialah wanita yang diharamkan berkahwin dengan seorang lelaki.

Terdapat dua (2) bahagian mahram :
1. Haram Muaabad (Haram kekal)

2. Haram Muaqat (Haram Sementara)
.

Haram Muaabad

  • Golongan yang dikategorikan di dalam golongan Haram Muabbad (kekal) ini telah disebutkan oleh Allah SWT di dalam surah Nisa’ ayat 22-23.
  • Haram Muaabad pula terbahagi kepada tiga (3)
Pertalian Darah
  1. Ibu
  2. Anak
  3. Adik Beradik
  4. Ibu saudara sebelah bapa
  5. Ibu saudara sebelah ibu
  6. Anak saudara Lelaki
  7. Anak saudara Perempuan
Susuan
  1. Ibu & Ayah susuan
  2. Saudara saudara perempuan susuan
Mushaharah
  1. Ibu Mertua
  2. Isteri Bapa (Ibu tiri)
  3. Menantu
  4. Anak perempuan daripada suami yang lain

Hukum yang berkaitan dengan Mahram Muaabad

Yang Boleh

  • Boleh berjabat tangan atau bersentuhan tangan
  • Boleh bermusafir dengan mahramnya
  • Aurat bagi mahram ini ialah ;
  • Bagi lelaki ; Antara pusat ke lutut (lelaki)
  • Bagi Wanita ; Sesuatu yang zahir seperti rambut, tangan, leher, kaki dsb.

Haram Muaqqat(haram sementara)

  • Adik atau Abang Ipar
  • Isteri Bapa Saudara

Hukum yang berkaitan dengan haram muaaqat

Sama seperti wanita ajnabi (wanita yang boleh dikahwini*) iaitu :

Yang Tidak boleh

  • Tidak boleh melihat aurat.
  • Haram berjabat tangan atau bersentuhan.
  • Tidak boleh bermusafir tanpa ditemani.
  • *Tidak boleh berkahwin selagi ikatan perkahwinan masih wujud.

Wallahu’alam.

About these ads

Posted on September 25, 2009, in Fekah, Tazkirah Diri, Wanita. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: